Bukan tidak mahu melepaskan ia pergi
Ia sendiri tidak mahu melepaskan aku
Tuhan
Jika kau sedang mendengar sepotong surat ini
Ketahuilah aku sedang berharap
Segalanya berakhir
Tiada lagi tangan yang mampu menarik aku ke atas
Biar beribu tangan menghulur
Tiada lagi yang mampu
Luaran terlihat senyuman dan ketawa
Pada mata kasar mungkin ianya sangat tulus
Percayalah aku hanya berpura pura
Bukankah satu kepura puraan itu adalah lumrah?