Wednesday, 25 November 2015

Aku rebah
Rebah dengan kata kata mereka
Lantas terdengar akan gelak ketawa entah siapa
Mentertawakan aku mungkin--
Terasa hidup ini bagai tiada tujuan
Yang mampu menyakinkan aku
Untuk tidak rehat selamanya
Sekali lagi aku rebah 
Seperti tidak mahu bangun kembali

Sunday, 8 November 2015

Tuhan itu tidak adil
Mencipta aku sebegini rupa
Apa motif tuhan?
Aku sudah penat dengan permainan tuhan
Aku sudah penat dengan diri ini
Aku sudah penat untuk terus hidup 
Matikan aku saja dari terus menyeksa aku 

Saat ini aku sudah putus asa dengan cinta
Saat ini aku sudah tidak mahu percaya dengan cinta
Saat ini aku hanya mahu lena
Lena selenanya dari dunia celaka ini
Aku jahil tentang cinta
Sepertinya tidak layak aku untuk terus bersama dengan cinta
Kau terlalu suci untuk aku
Lantas aku yang merosakkan segalanya
Aku mahu bersama dengan cinta
Yang kita bina
Tapi aku tahu situasi sudah berbeza
Mungkin saja 
Aku hanya layak mencintai kau dari jauh 
Dalam diam