Monday, 7 December 2015

Benda paling fakap dalam dunia ni selain kehidupan adalah kawan

Wednesday, 25 November 2015

Aku rebah
Rebah dengan kata kata mereka
Lantas terdengar akan gelak ketawa entah siapa
Mentertawakan aku mungkin--
Terasa hidup ini bagai tiada tujuan
Yang mampu menyakinkan aku
Untuk tidak rehat selamanya
Sekali lagi aku rebah 
Seperti tidak mahu bangun kembali

Sunday, 8 November 2015

Tuhan itu tidak adil
Mencipta aku sebegini rupa
Apa motif tuhan?
Aku sudah penat dengan permainan tuhan
Aku sudah penat dengan diri ini
Aku sudah penat untuk terus hidup 
Matikan aku saja dari terus menyeksa aku 

Saat ini aku sudah putus asa dengan cinta
Saat ini aku sudah tidak mahu percaya dengan cinta
Saat ini aku hanya mahu lena
Lena selenanya dari dunia celaka ini
Aku jahil tentang cinta
Sepertinya tidak layak aku untuk terus bersama dengan cinta
Kau terlalu suci untuk aku
Lantas aku yang merosakkan segalanya
Aku mahu bersama dengan cinta
Yang kita bina
Tapi aku tahu situasi sudah berbeza
Mungkin saja 
Aku hanya layak mencintai kau dari jauh 
Dalam diam

Sunday, 20 September 2015

Sunday, 13 September 2015

Perasaan itu datang kembali
Pedih perit kian terasa
Tiada penyembuh untuk ini
Mungkin bersama selama masih ada
Dipulau begitu sahaja
Seperti diri ini punya virus bahaya
Mampu meracuni dunia
Gila
Terasa tidak kuat untuk terus tabah
Menjalani sisa bersama dunia
Yang semakin lama bertindak kejam 
Tanpa ada rasa kasihan
Aku sudah penat
Penat yang terasa mahu hilang selamanya


Wednesday, 2 September 2015

2:12 am and im still awake,fighting with my demons inside my mind,ya tuhan,aku masih tidak faham dengan kehendak diri sendiri,aku masih tidak mempercayai diri sendiri,aku masih terasa penat dengan kehidupan yang kau berikan,aku yang tidak bersyukur atau apa. Aku cuma mahu rasa bahagia rasa hepi yang bukan dipura purakan,aku cuma mahu rasa tenang dan tidur lena,masih lagi dalam dilema mengapa aku dilahirkan ke dunia fakop ini. Mungkin tidak salah aku mengatakan aku benci dengan diri aku yang sering kali menyusahkan semua pihak. Sudah penat berlari,sudah banyak tangisan tanda sedihnya hati ini tetapi masih tidak pulih.
Matikan aku saja tuhan

Thursday, 9 July 2015

Masa aku susah kau buat tak peduli,sekarang kau susah kau nak aku peduli? Jangan harap.

Tuesday, 7 July 2015

Sometimes you need to help yourself and do it everything with your own,you have to comfort yourself while nobody cares about you.

Tuesday, 30 June 2015

Aku tidak sempurna
Untuk terus merasai hangatnya cinta ini

Monday, 29 June 2015

Tenggelam dalam rasa
Yang tiada kesudahan--
Tuhan
Tiada siapa mahu
Menghulur tangan mereka
Barangkali mereka ini
Jijik dengan manusia seperti aku
Barangkali mereka terlalu suci
Lalu meletakkan benteng antara aku
Barangkali mereka cuba menjadi seperti kau
Tuhan

Sunday, 28 June 2015

Mungkin
Yang aku mahu
Bukanlah satu kematian diri ini
Mungkin
Yang aku mahu
Hanya diselamatkan
Dari perasaan jahanam celaka
Yang semakin lama
Semakin berani menjadi parasit
Meracuni diri
Lemah dan goyah
Terkapai sendirian
Lemas tanpa kata kata
Mungkin
Ini semua tidak akan pernah berlaku




Dipinggir dan terpinggir
Pilu hati semakin terasa
Mungkin takdir sudah berkata
Sendiri untuk selamanya
Mungkin juga salah sendiri
Yang tidak pernah kisah tentang apa


Saturday, 27 June 2015

Bila dosa lama kembali
Menghantui segenap hidup
Jangan harap kau akan bahagia
Telanlah segala dosa celaka itu
Mati hanyut bersamanya

Sejauh mana kita berdua melangkah
Akhirnya yang aku mahu hanya kamu
Tinggalkan segala cerita duniawi kita
Lalu cipta perihal kita
Di rumah kecil
Yang kita bina
Bersama

Thursday, 25 June 2015

Jika datangnya suatu saat
Kau mengugut aku
dengan satu pemergian
Langsung
dengan apa harus aku bayar
untuk menghalangnya
Kerana perasaan itu
Adalah satu penyewaan jiwa dengan waktu
Yang membawa ia datang dan mencengkam antara kau dan aku
Aku adalah tubuh malang
Mendesak
Membawa kau melalui kegayatan bercinta
Dan jika jatuh 
aku pasti dibawahnya adalah suatu permukaan
Berduri, tidak enak malah menyakitkan
Dalam keadaan separuh aku yang hilang
Aku mahu berterima kasih
Atas masa yang diluang
serta perasaan indah ini
Dan pada tuhan
Aku mohon bersatu
Dengan jasadmu 
Jejaka malaya 
1:15 am 
26 Jun 2015

Bila saat kau datang
Kau bawa cinta kau
Kau bawa hati kau
Lalu persembahkan segalanya
Di depan aku
Aku bahagia
Bahagia yang tak mungkin layak dibeli
Oleh sesiapa mahupun orang kaya 
Aku melangkah ke depan
Dengan berani
Menghulur cinta
Untuk disatukan 
Mungkin kerna kau telah lama ku lihat 
Telah lama aku puja
Dari jauh
Dan mungkin jalan ini
Jalan yang kita berdua bakal tempuh
Merbahaya
Atas,bawah,kiri,kanan
Semuanya berduri yang mampu memisahkan jasad kita berdua
Tetapi
Aku pasti
Dengan genggaman tanganmu yang hangat 
Di tapak tangan ini
Kita pasti selamat bersama
Pasti.
3:53 am 
26 Jun 2015

Monday, 22 June 2015

#ADIN_BACKPACKING

Lama sudah beta menghilang semestinya kalian semua sudah merindui beta dengan karya karya agung beta,huahuahua. Okay,masa aku jalan balik ke love lane,aku jumpa mat saleh,hensem gila hensem hensem sangatttt maaf jejaka malaya,mostly yang aku jumpa semua jenis traveller,ada sorang perempuan ni aku rasa negro,dia macam homeless tapi style gila! Aku suka tengok ragam traveller ni,macam macam aku fikir masa jalan dekat love lane,ada satu tempat ni,aku rasa bangunan sekolah lama masa zaman penjajahan british. Suasana dan mood time lalu sebelah bangunan ini,tak boleh aku ceritakan. Boleh tahan misteri hahaha. Kira power juga lah aku berjalan dari love lane-gurney,gurney-love lane huahuahua. Aku singgah 7e beli mirinda,sambil minum aku teringat kata kata jejaka malaya. "Jangan banyak minum ais dan air manis nanti effect masa dah tua" hahahaha prihatin betul. Penat mengatasi segalanya,akhirnya ku rebah jua huahuahua. Bau dah teruk aku pergi bersiram terlebih dahulu dan selamat malam sayang. Pagi esoknya hihihihi aku mesej jejaka malaya,jangan tanya macam mana pertukaran sistem barter ini berlaku,kami bercadang pergi mengambil angin di batu feringgi,malangnya kami tidak tahu bagaimana untuk pergi ke sana,ya kami bodoh waktu itu jadi kami jalan entah ke mana sampai ada satu stesen bas,jadi kami berehat disitu sambil berborak tentang homeless people mungkin,bas datang kami berkejar dan oh ke komtar rupanya,naik jelah hahahaha sampai di komtar baru aku teringat ini tempat study trip untuk bicycle rack project aku hahahaha,kami pergi ke mall beli aiskrim mcd limited edition dan naik dari tingkat bawah ke atas dan turun balik,kami keluar nampak stesen bas terus menuju ke sana,01 rasanya untuk pergi batu feringgi,bas datang kami naik dan terus lah menuju ke syurga cinta kahkahkah ok gurau,lama juga nak ke btf ni,sampainya di sana kami cari tempat duduk yang paling aman letak beg setempat dan borak,memang lama gila kat btf,tapi aku selesa,selesa yang tak pernah aku rasa selama ini,"weh kau pernah makan tak satay ikan yang sos sedap nak mampos tu?" "pernah pernah banyak kali tapi sini susah jumpa" aku nak satay ikan! Huhuhuhu dalam pukul lima kitaorang tunggu kat tempat bas,naik je bas tengok tepi lalu sebelah tempat stop bas lagi satu,fakop situ ada satay ikan,aku tunjuk dekat dia dan kami menyesal tak sudah,aku baru tahu dia pun sedang menuju ke jeti,jadi apalagi mari lah guna masa ini bersama sama selagi masa masih terluang kakaka. Sampai di jeti dah maghrib,kami tunggu di stesen ktm. Arah tuju aku ke batu gajah,arah tuju dia ke kl sentral. Tapi masa di stesen ktm ada konflik antara kami berlaku,aku dapat tahu taxi yang aku tempah tu caj aku rm50,wtf dia lah apa taxi dia boleh bawa aku masuk syurga,selama ni caj rm20 lebih je,yang jejaka ni boleh terbaca pula. Aku faham dia risaukan aku tapi aku takkan bayar rm50 untuk sejam lebih perjalanan dari batu gajah ke uitm. Dalam ktm dia memberi cadangan turun kl sentral beli tiket dari tbs ke amanjaya hahaha bila aku fikir balik baik lah aku balik rumah kakakaka. Saat aku dalam ktm tu rasa syok gila,yelah aku first time naik mesti jakun kakaka,rasa macam balik ke zaman titanic,sumpah best gila. Ok aku nak pergi bazar huahuahua. Oh happy fasting guys!

Friday, 5 June 2015

#ADIN_BACKPACKING

Pakcik tu cakap ada je bas pergi gurney tapi kalau dia jadi aku dia pun pilih untuk berjalan,baru nampak semua benda dekat tempat orang,kalau sesat padan muka wakakaka,power kan aku boleh mengubah pemikiran seorang pakcik yang berniaga air di padang kota. Tengah aku nak habiskan air kiwi,datang balik makcik tadi. Dia cakap "nak,belikan makcik air pun takpe makcik dah ok,makcik haus sangat ni dik" sekali lagi aku menggeleng kepala,penat aku menahan rasa bersalah ni tahu tak. Ayah aku pernah cakap jangan cepat rasa kesian dengan peminta sedekah yang sihat walafiat,sebabnya mereka ni tiada cacat cela di anggota badan,boleh je dorang ni bekerja tak kisahlah makcik pakcik cleaner asalkan kudrat tu ada lagi. Bila kita asyik menghulur duit,mesti terdetik dalam hati dorang ni "oh senang je kerja macam ni,tebalkan muka buat suara sedih pakai lusuh sikit minta duit mesti ramai hulur duit kat aku ni" sebab ni lah aku tak memberi sangat kepada peminta sedekah yang masih sihat tiada cacat cela,kalau yang oku tu boleh kira lagi,bagi aku selagi boleh usaha,kita usaha,okay ni aku macam sembang sikit sebabnya aku pemalas wakakakaka. Jadi bergeraklah aku ke jalan lurus menuju gurney. Jalan punya jalan aku terjumpa satu tempat yang full with darkness and calmness yelah semua ness lah huahuahua tapi serious tempat tu jadi fav aku dalam sekelip mata. Aku banyak stop stop juga lah sebab penat kau tahu. Dan aku pun tak tahu mana gurney ni sebenarnya. Dan aku tak ikut arahan pakcik tu,mana aku nak ke kanan aku ke kanan dan begitulah aku. Aku dah syak sampai satu hotel ni aku sesat,jadi aku tanya dekat guard ni mana mcd yang terdekat,dia pun tunjuk jalan tapi aku macam pening sikit,tetiba lalu kereta mewah,dia cakap kenapa? Aku pun cakap lah sini mcd terdekat kat mana,dia pun kata "tak jauh pun you jalan kaki terus nanti nampak signboard,dekat situlah" aku dah terfikir dia ni kalau tumpang aku pun best juga ni huahuahua,takpelah aku pun teruskan perjalanan,rupanya aku dah pun di gurney,sumpah gua cakap pantai tepi jalan kat gurney ni lawa gila ya Allah lawa sangat sangat. Aku apalagi lepak lah jap sambil berfeeling sensorang huahuahua. Entah kenapa sedang aku berjalan,aku terserempak dengan pendekar melayu haritu. Waduh adakah ini namanya jodoh datang dari langit kakakaka. Aku buat sombong jalan terus je hiks,tak sangka dia boleh panggil aku dan kami berborak sambil berjalan di tepi pantai di tepi jalan. Hadamlah cemana pun ayat aku ni hahahaha. Bagi aku tempat ni style sebab dia terbahagi dua,sebelah kanan pantai,sebelah kiri bangunan tinggi. Dari jauh aku dah nampak signboard mcd,hepinya aku hepi hahahaha,aku nak cerita pasal jejaka ini tapi macam segan sikit hahahaha. Bila dia dapat tahu aku sedang menuju ke arah mcd,dia pun nak juga hahahaha mungkin dia sudah tangkap cintan sama aku kakaka,sesampainya di signboard tu aku rasa macam kena tipu je sebabnya mana entah mcd,signboard je ada dahlah jauh berjalan,aku dah maki maki dah dalam hati,pendekar jejaka melayu tu pun tunjuk dekat aku rupanya mcd sebelah kiri kitaorang. Sesampainya aku disana aku order double cheese burger dan chicken nugget,jejaka itu order double cheese burger dan mcflurry oreo,aku rasa jejaka ni sangat kiut sebab order mcflurry hahahaha,serius kiut! Tetapi kiut itu betukar menjadi hampa sebab aku dapat chicken mcdeluxe no chicken nugget,hampa sehampanya aku,tapi takpelah,kitaorang pilih tempat atas,ayat pertama yang dia keluarkan adalah "biasa tak tabur fries and gaul dengan black pepper?" Hahahahahaha kiut gila! Mestilah biasa,aku pun jenis cicah fries dengan sundae hahahahaha. Tak ku duga jejaka ini pelukis! Bila saat aku bawa keluar sketchbook aku,dia terus ambil dan sketch. Power gila dia ni. Kitaorang terus berborak tentang hal hal duniawi dan sketch bersama sama. Oh ya pertama kali dalam hidup,aku berkongsi burger dengan seorang lelaki! Kami bertukar burger sesama sendiri! Chicken mcdeluxe dan double cheese burger terasa terlebih enak secara tiba tiba. Dalam diam aku melakukan keputusan yang besar iaitu berjalan ke love lane dan menginap di old street penang guest house! Hahahahahaha mampus lah. Sekali lagi kami bye bye dan aku menuju ke kampung halaman ok gurau huhuhu. Dalam perjalanan pulang,aku bertemu dengan pelbagai ragam orang. Ok sambung nanti.

#ADIN_BACKPACKING

Ok aku tahu semua dah tunggu sambungan cerita aku,huhuhuhu ok setelah aku menyesali tindakan terlajak tidur aku,pagi esoknya aku bangun dengan muka segar ingin meneruskan perjalanan aku di bumi penang ini mamposlah ayat aku terabur huhuhu,tapi aku nak cakap satu je,sejuk mata memandang pagi pagi tengok mat saleh minum kopi depan mata hiks,hari tu aku tak pasti nak buat apa,aku nak mcd aku nak mcd sebabnya hari tu aku ingat nak tidur mcd je huahuahua,aku minta tolong kawan aku googlekan mana mcd yang 24 hours,mampos dekat gurney sana,aku dah berfikir dah ni cemana nak pergi,tapi sebelum tu aku jalan pergi padang kota minum cendol di sana hiks aku tak tahu lah betul ke tak tapi aku rasa cendol ni paling sedap yang aku pernah rasa! Betul ni aku cakap,habis bercendol aku jalan jalan eh jap aku tak cite lagi ni pasal tetiba aku terdatang haid,yang paling sadis dan terasa perit dia aku tak bawa pad satu pun memang sedih gila part ni,aku jalan keluar cari 7eleven,dah jumpa 7e tu aku nak masuk depan aku ada sekumpulan mat salah,aku dh syak dorang ni nak masuk kedai ni juga,mampos lah aku hahahaha hah sekali betul dorang masuk,aku ambil pad tak perlu aku nyatakan jenama dan jenis apa disini kakaka,aku perasan kakak cashier ni nak tergelak tengok aku nak nak bila aku minta plastik hahahaha lantaklah janji aku selamat,aku tak jumpa tandas awam aku ternampak muzium penang,boleh lah ni masuk seringgit je hiks maka berlalulah aku ke tandas. Aku rasa muzium penang ni walau kecik tapi seronok juga,entahlah. Dah puas aku jalan tingkat bawah aku beransur ke tingkat atas,naik je aku ternampak congkak,bukan korang tak tahu aku ni juara congkak cuma tak tahu peraturan sangat sebabnya aku selalu langgar peraturan,hahahahaha. Aku lawan congkak dengan seorang jejaka yang mungkin bagi aku pendekar melayu yang terakhir,kakaka. Tak serius ni aku lawan dengan jejaka hensem,first round aku menang hiks,dan paling best saat aku menang tu ada minah saleh datang duduk bersila sebelah kami,muka dia berminat nak tahu tentang congkak dengan lebih mendalam. Round kedua jejaka itu menang,sengaja aku bagi dia menang sebab kasihan huahuahua,dah puas bercongkak,kami berdam aji,yang ni aku kalah teruk,hahahahaha sungguh kelakar jejaka melayu ini,kami berjalan jalan di muzium sambil bercerita tentang sejarah melayu,saat ini aku terasa indah sekali hidup ini aku mahu terbang aku mahu terbang! Kakakaka,ada satu tempat ni cerita pasal penjajahan british atas tanah melayu,ada dua tiga orang mat saleh syok je baca,aku terfikir lah cemana dorang ni baca ha yelah nenek moyang dorang yang menjajah tanah melayu huahuahua. Keluar dari muzium aku berpisah dengan jejaka melayu itu. Takdelah pula aku tukar no email atau any social websites herherher. Jadi selepas muzium aku pergi ke padang kota untuk makan cendol dan lepak dekat kedai makan yang berdekatan,sedang aku lepak,tiba tiba datang seorang makcik,baju dia aku lihat biasa saje takde yang lusuh,dia minta duit dengan aku,aku masa ni memang rasa bersalah gila sebabnya aku pun tengah kekeringan duit,muka dia pandang aku kalau lah iman aku tak kuat mahu aku bagi seratus huhuhuhu,akhirnya aku menggeleng. Bukan aku taknak bagi tapi aku kena fikir diri sendiri juga,aku di tempat orang bukan di tempat sendiri. Gila tak rasa bersalah,ada memang ada. Tepat air aku sampai,ada seorang pakcik datang dengan pakaian yang sedikit rabak membawa buku buku agama. Ayat pertama sekali yang dia cakap "ok pakcik ni bukan nak minta sedekah tapi pakcik jual buku buku agama ini semua untuk anak pakcik" aku dengar dan layan dengan baik dan menggeleng sekali lagi,aku rasa bersalah yang amat,mungkin anak dia sedang dalam kesakitan memerlukan wang untuk melakukan operation,mana kita tahu itu semua. Aku terpaksa katakan tidak kerana poket aku semakin susut atau erti kata lain sudah kehabisan wang huhuhu. Kalau aku bermurah hati memberi duit duit ku kemungkinan aku juga menyertai dorang untuk menyara hidup di penang. Aku bertanyakan kepada peniaga air disitu dimanakah gurney lalu dia pun berkata "oh jauh ni kalau jalan kaki" huhuhu aku dengan megahnya berkata "oh takpe pakcik saya nak jalan juga" kakaka. Ok sambung nanti aku ada kerja nak buat ni.

#ADIN_BACKPACKING

Kakakaka nak juga hashtag seperti atira huahuahuahua,cuti gawai yang tidak berapa panjang ni aku cuba manfaatkan dengan benda yang berfaedah,setelah berfikir panjang aku rasa nak backpack ke penang dua tiga hari secara solo hihihihihi. Ya aku pun terasa hebat ni. Ahad lepas aku bertolak dengan bas pukul sepuluh setengah,sembilan setengah aku dekat mamak lagi lepak makan roti canai sardin,aku tak tahu kenapa aku ketagih betul dengan roti canai sardin ni,naik taxi dah sepuluh dua puluh sembilan,aku dah terasa takut kena tinggal dengan bas,mampos lah kalau kena tinggal ni,sampai stesen bas aku tunggu sampai pukul sebelas baru bas sampai cilake betul,buat penat je aku takut tadi. Huhuhuhu,jadi naik lah aku ke dalam bas yang dipenuhi lelaki lelaki yang memakai baju hitam,aku syak dorang ni buat lawatan sambil belajar beramai ramai,huahuahua. Dalam pukul satu aku dah sampai dekat penang,tapi aku tunggu situ sampai pukul 6 aku tak tahu kenapa mungkin otak tengah gila huhuhu. Dalam pukul 6 aku gerak pergi jeti,aku ikut gerak hati je mana jeti ni ok aku tipu je,mestilah tengok signboard wakakaka,tambang feri ni seringgit dua puluh sen okay lah ni,angin mendayu dayu betul waktu aku atas feri ni,masa ni adalah rasa nak berfeeling sensorang ni kakaka,memang betul lah the best view is nature,sumpah waktu ni aku rasa perasaan paling best pernah aku rasa,bila aku letak kepala atas palang feri tu,biar angin lalu dekat muka aku,oh enaknya huaaa,ada lah dalam 10 min sampai seberang penang,ha waktu ni best gila,perasaan keluar dari feri tu,aku dah rasa macam baru lepas migrasi beramai ramai wakakakaja betul ini aku cakap. Aku ingat nak naik bas pergi love lane tapi bila fikir balik baik jalan kaki boleh menghirup udara segar,sekali lagi aku jalan ikut signboard,aku tak power sangat sampai nak ikut gerak hati aku huahuahua,sampai love lane aku dah terasa macam dalam dunia lain,penuh dengan mat saleh,sampai old street penang aku terus check in,syok gila ni,tapi yang tak syoknya aku pergi tidur sampai pukul sepuluh esoknya,memang sedih perit semua terasa terkumpul huhuhuhu ok aku dah penat menulis nanti aku sambung.

Tuesday, 2 June 2015

Like every rib bones hug you tight they pierce your heart one by one.

Perit rasanya bila dihantui masa silam sendiri yang memang tak pernah boleh dilupakan. Sedih dan perit. Setiap malam setiap masa teringat tentang yang lepas,patutnya dah boleh pergi mampuskan benda ni semua. Sepatutnya.

Monday, 18 May 2015

Do you ever feel like people just forget you exist. 

Two words. Dah biasa. Benda macam ni dah memang selalu berlaku dalam hidup aku. Sampai satu masa aku dah immune dah tak kisah dah rasa boleh pergi mampus perasaan tu. Tapi tipulah kalau aku tak terasa bila orang tak sedar kewujudan aku. Tipulah bila aku berlagak tak terasa dengan semua ni. Aku berperang dengan diri sendiri setiap hari pasal ni. Dah memang perangai aku yang akan diam dengan orang asing,dah memang perangai aku yang tak banyak bercakap dengan orang asing. Dah memang muka aku jenis muka sombong,memang salah aku kerana jadi diri sendiri. Pernah ada kawan aku cakap "dalam hidup ni bukan kau sorang yang hidup dan bukan kau sorang yang hidup susah,jangan fikir macam kau ni penting untuk semua orang" ya memang aku tak penting dan aku sedar akan hakikat ini.

Sunday, 17 May 2015



Bila kau masuk universiti 
Bila kau mula melangkah ke alam yang baru 
Yang mana kau kena berdiri di atas kaki sendiri
Saat tu kau tahu mana kawan yang baik seperti malaikat tetapi belakang kau macam babi.

Ini yang aku rasa sekarang ni,memang rasa ni dah lama aku pendam sejak 
masuk uni,pergi mampus kau dengan perangai pura pura kau tu,i will never approach orang easily,kadang kadang penat berlakon baik seperti kau di depan kau cuma untuk menjaga hati masing masing,aku dah penat dengan semua ni aku dah penat dengan segala kepura puraan yang memang entah sengaja dilakukan atau tidak.

Friday, 15 May 2015

Sometimes 
I am drama queen
Stuck
In a boring documentary

Other times
I am a wall-flower
In a soap-opera
At its climax

Aku memang teruk. I cant be myself naturally,i know im suck thats why i always pretending be someone else but it doesnt work. Fuck off. Sometimes aku boleh jadi orang yang berbeza gila dari diri aku. Theres no way aku boleh acting jadi diri sendiri dengan selesanya. Tak pernah lagi kot aku jumpa orang yang boleh aku selesa gila gila yang memang segala bad habit((since aku takde good habit)) aku boleh terkeluar dengan semulajadi pastu orang tu boleh hadam dengan perangai aku tanpa rasa kisah. Aku benci dengan diri aku yang memang takde guna langsung untuk apa apa,pernah aku terfikir pergi lari-tengah jalan-koma-hilang ingatan dan aku hampir buat segala benda macam itu. Aku taknak ingat siapa aku aku taknak ingat orang sekeliling aku. 

Thursday, 14 May 2015

Its like 
Ive fallen in quicksand,
After avoiding a puddle,
And Im drowning deeper and deeper,
The harder I struggle.

Puisi ni memang kena sangat dengan hidup aku dari dulu sampai sekarang. Tak kira apa aku buat tak kira apa aku cuba hidup aku memang akan ke bawah. Bukan aku tak cuba. Aku cuba jadi gembira,aku cuba menjadi orang lain,aku berpura pura hingga diri terbiasa berpura. Sampai satu masa aku dah penat,dah penat dengan hidup sendiri,dah penat menjadi diri sendiri,dah penat segalanya. Sampai satu masa,aku hanya mahu rehat untuk selamanya. Sampai satu masa aku nak hilang dari dunia tenggelam dengan imaginasi buatan aku. Sampai satu masa aku nak mampus dengan semua ni.