Mungkin
Yang aku mahu
Bukanlah satu kematian diri ini
Mungkin
Yang aku mahu
Hanya diselamatkan
Dari perasaan jahanam celaka
Yang semakin lama
Semakin berani menjadi parasit
Meracuni diri
Lemah dan goyah
Terkapai sendirian
Lemas tanpa kata kata
Mungkin
Ini semua tidak akan pernah berlaku
No comments:
Post a Comment