Thursday, 25 June 2015

Jika datangnya suatu saat
Kau mengugut aku
dengan satu pemergian
Langsung
dengan apa harus aku bayar
untuk menghalangnya
Kerana perasaan itu
Adalah satu penyewaan jiwa dengan waktu
Yang membawa ia datang dan mencengkam antara kau dan aku
Aku adalah tubuh malang
Mendesak
Membawa kau melalui kegayatan bercinta
Dan jika jatuh 
aku pasti dibawahnya adalah suatu permukaan
Berduri, tidak enak malah menyakitkan
Dalam keadaan separuh aku yang hilang
Aku mahu berterima kasih
Atas masa yang diluang
serta perasaan indah ini
Dan pada tuhan
Aku mohon bersatu
Dengan jasadmu 
Jejaka malaya 
1:15 am 
26 Jun 2015

Bila saat kau datang
Kau bawa cinta kau
Kau bawa hati kau
Lalu persembahkan segalanya
Di depan aku
Aku bahagia
Bahagia yang tak mungkin layak dibeli
Oleh sesiapa mahupun orang kaya 
Aku melangkah ke depan
Dengan berani
Menghulur cinta
Untuk disatukan 
Mungkin kerna kau telah lama ku lihat 
Telah lama aku puja
Dari jauh
Dan mungkin jalan ini
Jalan yang kita berdua bakal tempuh
Merbahaya
Atas,bawah,kiri,kanan
Semuanya berduri yang mampu memisahkan jasad kita berdua
Tetapi
Aku pasti
Dengan genggaman tanganmu yang hangat 
Di tapak tangan ini
Kita pasti selamat bersama
Pasti.
3:53 am 
26 Jun 2015

No comments:

Post a Comment