Friday, 5 June 2015
#ADIN_BACKPACKING
Pakcik tu cakap ada je bas pergi gurney tapi kalau dia jadi aku dia pun pilih untuk berjalan,baru nampak semua benda dekat tempat orang,kalau sesat padan muka wakakaka,power kan aku boleh mengubah pemikiran seorang pakcik yang berniaga air di padang kota. Tengah aku nak habiskan air kiwi,datang balik makcik tadi. Dia cakap "nak,belikan makcik air pun takpe makcik dah ok,makcik haus sangat ni dik" sekali lagi aku menggeleng kepala,penat aku menahan rasa bersalah ni tahu tak. Ayah aku pernah cakap jangan cepat rasa kesian dengan peminta sedekah yang sihat walafiat,sebabnya mereka ni tiada cacat cela di anggota badan,boleh je dorang ni bekerja tak kisahlah makcik pakcik cleaner asalkan kudrat tu ada lagi. Bila kita asyik menghulur duit,mesti terdetik dalam hati dorang ni "oh senang je kerja macam ni,tebalkan muka buat suara sedih pakai lusuh sikit minta duit mesti ramai hulur duit kat aku ni" sebab ni lah aku tak memberi sangat kepada peminta sedekah yang masih sihat tiada cacat cela,kalau yang oku tu boleh kira lagi,bagi aku selagi boleh usaha,kita usaha,okay ni aku macam sembang sikit sebabnya aku pemalas wakakakaka. Jadi bergeraklah aku ke jalan lurus menuju gurney. Jalan punya jalan aku terjumpa satu tempat yang full with darkness and calmness yelah semua ness lah huahuahua tapi serious tempat tu jadi fav aku dalam sekelip mata. Aku banyak stop stop juga lah sebab penat kau tahu. Dan aku pun tak tahu mana gurney ni sebenarnya. Dan aku tak ikut arahan pakcik tu,mana aku nak ke kanan aku ke kanan dan begitulah aku. Aku dah syak sampai satu hotel ni aku sesat,jadi aku tanya dekat guard ni mana mcd yang terdekat,dia pun tunjuk jalan tapi aku macam pening sikit,tetiba lalu kereta mewah,dia cakap kenapa? Aku pun cakap lah sini mcd terdekat kat mana,dia pun kata "tak jauh pun you jalan kaki terus nanti nampak signboard,dekat situlah" aku dah terfikir dia ni kalau tumpang aku pun best juga ni huahuahua,takpelah aku pun teruskan perjalanan,rupanya aku dah pun di gurney,sumpah gua cakap pantai tepi jalan kat gurney ni lawa gila ya Allah lawa sangat sangat. Aku apalagi lepak lah jap sambil berfeeling sensorang huahuahua. Entah kenapa sedang aku berjalan,aku terserempak dengan pendekar melayu haritu. Waduh adakah ini namanya jodoh datang dari langit kakakaka. Aku buat sombong jalan terus je hiks,tak sangka dia boleh panggil aku dan kami berborak sambil berjalan di tepi pantai di tepi jalan. Hadamlah cemana pun ayat aku ni hahahaha. Bagi aku tempat ni style sebab dia terbahagi dua,sebelah kanan pantai,sebelah kiri bangunan tinggi. Dari jauh aku dah nampak signboard mcd,hepinya aku hepi hahahaha,aku nak cerita pasal jejaka ini tapi macam segan sikit hahahaha. Bila dia dapat tahu aku sedang menuju ke arah mcd,dia pun nak juga hahahaha mungkin dia sudah tangkap cintan sama aku kakaka,sesampainya di signboard tu aku rasa macam kena tipu je sebabnya mana entah mcd,signboard je ada dahlah jauh berjalan,aku dah maki maki dah dalam hati,pendekar jejaka melayu tu pun tunjuk dekat aku rupanya mcd sebelah kiri kitaorang. Sesampainya aku disana aku order double cheese burger dan chicken nugget,jejaka itu order double cheese burger dan mcflurry oreo,aku rasa jejaka ni sangat kiut sebab order mcflurry hahahaha,serius kiut! Tetapi kiut itu betukar menjadi hampa sebab aku dapat chicken mcdeluxe no chicken nugget,hampa sehampanya aku,tapi takpelah,kitaorang pilih tempat atas,ayat pertama yang dia keluarkan adalah "biasa tak tabur fries and gaul dengan black pepper?" Hahahahahaha kiut gila! Mestilah biasa,aku pun jenis cicah fries dengan sundae hahahahaha. Tak ku duga jejaka ini pelukis! Bila saat aku bawa keluar sketchbook aku,dia terus ambil dan sketch. Power gila dia ni. Kitaorang terus berborak tentang hal hal duniawi dan sketch bersama sama. Oh ya pertama kali dalam hidup,aku berkongsi burger dengan seorang lelaki! Kami bertukar burger sesama sendiri! Chicken mcdeluxe dan double cheese burger terasa terlebih enak secara tiba tiba. Dalam diam aku melakukan keputusan yang besar iaitu berjalan ke love lane dan menginap di old street penang guest house! Hahahahahaha mampus lah. Sekali lagi kami bye bye dan aku menuju ke kampung halaman ok gurau huhuhu. Dalam perjalanan pulang,aku bertemu dengan pelbagai ragam orang. Ok sambung nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment